Saturday, March 28, 2009

The LIFE begin...

Celebrating Day

November 4, 2008

Happy Birthday Adi Yusri...13 years old



....no cakes, no candles... simple tapi tetap meraikan hari jadi Adi. Tak pasti kedai kek mana yang boleh dibeli, so makan nasi goreng dan nasi lemak je. Tahun ni adi dapat present banyak coklat... maklum laaa, Labuan kaya dengan coklat. End up semua orang pun kongsi makan coklat Adi. yumm..yummmmm


December 25, 2008

Happy Birthday Danial Azri...18 years old

....picture will upload later

New Place With New Hope

W.P. LABUAN

November 29, 2008 (Saturday)
3.00 p.m

Setibanya di WP Labuan, salah satu dari bagasi (beg) kami terkandas di KLIA. Alasan pihak airport, apabila di scan beg tersebut kelihatan ada 'benda' yang mencurigakan. I'm not that worried pasal 'benda mencurigakan' tu...yang pasti kami tak bawa 'benda' yang membahaya atau salah di sisi undang-undang. Cuma risau dan terkilan sekiranya beg tersebut hilang kerana di dalam beg tersebut tersimpan hadiah dan barang pemberian dari teman-teman (souvenir).

Kami 'check in' Hotel Sara. Sampai je biik, apa lagi...tido la kejap. Terasa mengantuk sebab beberapa malam sebelum bertolak ke Labuan kami tak cukup tido, lebih-lebih lagi aku (ME).

Panggilan telefon dari seorang kenalan mengejutkan mimpi indah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana walau di tempat baru, kami sudah punya kenalan. Keluarga abang aziz dan kak ton begitu baik dan mengambil berat akan kami (terima kasih pada abang abu/kak zah yang memperkenalkan kepada kami). Aku dan hubby minum petang bersama abang aziz dan kak ton di Restoran Malindo, yang bersebelahan dengan hotel.

Kami di bawa mengelilingi sebahagian dari Pulau Labuan. Boleh tahan juga Labuan ni dalam hatiku!!!

Selama 4 hari kami menginap di Hotel Sara sebelum berpindah masuk ke rumah yang disewa di Bukit Kallam, iaitu di Jalan Bukit Kuda. Sekali lagi keadaan kami tak ubah seperti orang terbuang/pelarian. Serba serbi kekurangan... tiada satu perabut atau kelengkapan rumah, malah perkakas dapur pun tiada! Segalanya kosong di dalam rumah yang baru kami masuki. Yang ada pada kami di saat ini, baju2 yang bawa bersama kami.

Alahaiiii... orang 'Cahaya Pack' janji barang dari Semenanjung akan tiba kurang dari seminggu lagi. Kenderaan tak ada masalah sebab kami boleh sewa kereta (selama mana nak sewa, janji ada duit..bayar je) Aduhhh..nak buat macamana ni!! Well, the 1st thing in mind... go shopping!!!

Beli yang perlu-perlu sahaja...bantal, cawan dan mangkuk plastik. Anyway, alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana memudahkan kesulitan kami. Sekali lagi abang aziz dan kak ton meminjamkan kami tilam, toto, selimut, tikar dan rice cooker!!! Lega rasa.... sekurang-kurangnya ada alas untuk buat tidor dan bole jugaa masak air.

Selama barang-barang belum sampai, terpakalah makan nasi bungkus. Sehari dua okeh la, dekat seminggu...mula la masing-masing terasa nak balik Penang, mengidam masakan orang di sana. Yang bermain di kepala...laksa assam, nasi kandar, char kue tiew, rojak....emmmm macam-macam lagi, sampaikan terasa ingin sekali nak makan kek di Secret Recipe!!! Nasib baik laaaa kat sini ada mcD, KFC dan Pizza Hut.

Gambar-gambar yang sempat dirakam buat kenangan mula sampai di Labuan, dalam keadaan yang serba kekurangan sehinggalah keadaan yang agak selesa...

NOTA: gambar permandangan luar rumah tidak dapat disiarkan atas alasan keselamatan!! Labuan ni kecil je, senang orang nak cari rumah ni..


keadaan rumah yang masih kosong



keadaan bilik tempat kami sekeluarga 'beradu'... seperti pelarian,
tetapi nasib baik bilik 'air corn'



New Life.. New Place...

PENANG to W.P. LABUAN

November 29, 2008 (Saturday)
6.30 a.m



Leaving to Labuan - MH1133 (PEN - KUL) MH2608 (KUL - LBU)
29 november 2008 - 6.30am



Our life through my eyes...

AGAIN?
- pindah lagi!!

Bab Satu

Nov 2008, dapat berita perpindahan dari TATI (Taman Telok Air Tawar Indah), Butterworth ke W.P Labuan.
Saat-saat yang meletihkan kembali lagi (packing), sedih atas perpisahan dengan kawan-kawan namun teruja untuk memulakan kehidupan di tempat baru.

Dua minggu sebelum berpindah. Arghhhh......tension!! packing, and packing. Siang dan malam... Saat ini lah masa yang paling menguji kesabaran dan minda. Penat tau pindah niii!! Kena fikir yang mana 'nak bawa', 'give away', 'write off'... Nak bawa, tak bawa!!! Sebulan juga 'pening'...





...... SELESAI BAB PACKING ....

Bab Dua

Di belakang 'scene' nak pindah yang mesti dirakam buat kenangan. Ops...


Punya laa penat dua beranak ni!!
Tak kisah apa dah, janji tido dulu...



Kat mana pun bole, asal dapat tido... Aidel tido pun dengan bola!!


.....saat-saat paling menyedihkan....
Macam bilik pelarian! Terpaksa tidor beralaskan kain sebab barang2 semua dah diangkut pergi. Kesian... dua tiga malam juga tido dalam keadaan begini. Badan letih tak kisah dah, tido kat mana, atas apa pun tak apa... asal dapat hilangkan keletihan selepas mengemas.


Bab Tiga

Lumrah alam. Yang datang, pasti akan pergi. Bertemu dan berpisah...

Majlis Perpisahan bersama teman-teman di TATI, Butterworth


Jamuan makan malam disediakan oleh teman-teman TATI. Saat perpisahan mula terasa waktu ini. Gonna miss u guys.Terima kasih atas persahabatan kita dan yang paling bererti erti persaudaraan yang terjalin di antara kita selama kami 4 tahun di TATI.


Bab Empat

November 29, 2008 - Sabtu 6 pagi

Di pagi yang hening, saat perpisahan pun tiba... Terharu dan berasa syukur atas keperihatinan teman-teman yang turut bersusah payah menghantar ke Airport Penang. Enam buah kereta konvoi ke airport. Terima kasih tak terucap buat kalian.


Kenangan bersama tak akan kami lupakan. Tetap tersemat dalam hati...


'SELAMAT TINGGAL TEMAN'